oleh tehr.
bawa ke rumah bapa mertua
apakah ilmu yang kamu pakai
datang sekolah berlenggang saja
durian merekah kulit berduri
buah mengkudu pahit rasanya
datang ke sekolah setiap hari
tetapi buku tak pernah dibawa
Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini saya pilih tema zaman sekolah. Pasti sekali banyak kenangan yang bermacam ragam telah kita lalui sama ada kisah gembira, sedih, lucu dan sebagainya. Tidak mungkin ada antara kita yang tak pernah ke sekolah, kan?

Saya sendiri masih ke sekolah setiap hari [kadang-kadang di hari cuti juga]. Suasana di sekolah sekarang memang berbeza berbanding dahulu. Anak-anak nampak lebih maju dan pintar dengan adanya berbagai kemudahan di sekolah, di rumah malah di mana-mana sahaja. Cikgu atau ibu bapa pun kalah dengan mereka sekarang ini.
berlapis-lapis ijazah diploma
ilmunya tiada akalnya singkat
gagal menepis dugaan dunia
bawa pukat hanya sejengkal
haruan darat mahu diduga
ilmu syariat sebagai bekal
dunia akhirat aman bahagia
Sekian...
No comments:
Post a Comment