Siapa masa sekolah menengah dulu dia antara golongan yang baik sangat, tidak pernah buat salah walau sekali pun, sila angkat kaki...
Okey, tu gurau saja. Seriusly aku rindu zaman perubahan dari seorang 'budak berhingus' menjadi 'budak pandai lap hingus'. Ya lah, time sekolah menengah lah kita start pandai lap hingus kan? Ke aku sorang saja yang masuk form 1 baru pandai lap hingus? Lupakan.
Kali ni, aku mau kongsi cerita pasal zaman sekolah menengah. Memang banyak benda yang kita pernah buat masa lower form dengan upper form. Jangan tipu lah cakap tidak pernah. Mustahil cinta beruk, gaduh-gaduh merajuk, pinjam-tiru nota, escape kelas tiada langsung dalam kehidupan remaja korang. At least mesti ada jugak sedikit kenangan yang tertinggal. Bak kata pepatah, itu semua asam garam kehidupan. Tidak melaluinya dalam kehidupan ibarat lauk tidak bergaram saja lagaknya.
Antara kenakalan aku suatu masa dulu adalah suka mengurat. Dulu masa aku form 1, aku pernah dok usya sorang awek cantik ni. Dia pun suka dekat aku jugak. Kitorang pun jadi rapat la. Tapi sayang, cinta monyet tidak kekal hingga ke akhir hayat. Belum sampai beberapa bulan, monyet betina sudah pun berpindah ke pokok lain kerana terjumpa beruk jantan yang lagi hensem. Ni saja lah gambar kenangan aku dengan dia.
Terpulang lah kepada korang untuk percaya atau tidak. Aku saja crop gambar aku, sebagai tanda aku sudah break dengan dia...
Satu benda yang aku selalu buat masa sekolah dulu adalah buat kerja rumah last minit. Kalau sudah namanya last minit, konfem la tidak siap. Bila kerja tidak siap, cikgu-cikgu jadi murka. Bila cikgu murka, jangan buat main-main, naya jadinya.
Ala, sedas dua das kira okey la kan? Bukannya sakit pun. Setakat tangan jadi merah satu hari tu biasa saja. Tidak lelaki kalau menangis sebab kena rotan, okey. Tapi zaman sekarang ni, rotan-rotan tidak main lagi. Kalau ada kesan yang tertinggal, parent boleh saman guru tersebut atau pun pihak sekolah. Jadi, alternatif yang cikgu aku buat adalah dengan memberi denda jalan itik. Aku masih ingat, cikgu add math suruh satu kelas kami pusing blok akademik sambil jalan itik sebab satu kelas bikin cikgu murka. Hasilnya, kitorang dapat sakit kaki dan perlian dari bebudak kelas lain. Walaupun agak memalukan, tapi entah kenapa aku terasa rindu kenangan tu semua.
Ada banyak lagi kisah sebenarnya. Tapi aku mau simpan dulu yang lain. Takkan la semua mau cerita terus kan? Habis la point aku untuk berblogging nanti. Apa-apa pun, cerita zaman sekolah menengah memang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Kalau sudah ada cucu nanti, boleh la ungkit balik kisah nostalgia.
No comments:
Post a Comment