oleh: Hafiz Idris
Persediaan ke IPT 1 :
Kemahiran teknologi maklumat (penting) ketika mendaftar kursus sekarang semuanya dilakukan secara dalam talian..semua tugasan,kertas projek,laporan amali bahkan untuk mencari ratusan bahan rujukan pun menggunakan teknologi komputer..p/s : mahirkan diri anda sekarang
Persediaan ke IPT 2 : Rajin Membaca..ingat di universiti membaca adalah sebahagiab daripada hidup anda..malas membaca nescaya sukar untuk anda cemerlang..mereka yang berjaya ialah mereka yang menjadikan budaya membaca sebahagian darah daging mereka..
p/s : banyakkan membaca surat khabar,bahan-bahan ilmiah untu menggembangkan pemikiran kita
Persediaan ke IPT 3 :
Berdikari..ingat alam kampus tidak sama dengan alam persekolahan..di kampus anda harus melakukan semua perkara dengan sendirinya seperti mengurus diri,perbelanjaan,& untuk berjumpa dengan doktor pun kita yang lakukan sendiri..
p/s : alam kampus sangat indah belajarlah untuk mencari pengalaman kerana pengalaman mengajar erti hidup
Persediaan ke IPT 4 :
pengurusan masa & keyakinan diri..aturlah masa dengan baik semasa di universiti seperti jadual kuliah,masa beribadah, masa membuat tugasan,riadah,& masa untuk aktif di u..ini kerana berjaya dalam hidup @ sebaliknya bergantung kepada pengurusan masa..di universiti anda harus tingkatkan keyakinan diri pasakkan sikap berani & yakin boleh..
p/s : " keyakinan diri yang tinggi akan membuatkan anda mampu mengatasi orang lain" percayalah
No comments:
Post a Comment