Terdengar kalimah itu
Membuatkan hati keras ini bicara sayu
Merentas minta
Seteguk ihsan unggas kota,
Dihulur sejadah ikhlas selaut impian
Agar kocek kosong rasa nikmat,
Tiupan buih itu
Yang lancang menongkah..
Hanya kerana juzuk kejayaan itu
Membuatkan kita seakan-akan terpukau,
Teman bibir manis mengucap syukur
Bila tangan menghulur salam,
Pasakkan akar keyakinan..
Kerana kejayaan itu satu revolusi...
Nukilan : Hafiz Idris, 2011


No comments:
Post a Comment